.

.

Ahad, 23 Ogos 2015

Anugerah Pengurusan Panitia Daerah Terbaik Kategori Sekolah Menengah 2015

Panitia Sains Daerah Kubang Pasu dengan bangganya mengumumkan kejayaan Panitia Sains Kubang Pasu yang sekali lagi dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Pengurusan Panitia Daerah Terbaik Kategori Sekolah Menengah 2015 bagi PPD Kubang Pasu. Anugerah disampaikan sempena Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kubang Pasu yang diadakan baru-baru ini.

Pemilihan Panitia Sains Kubang Pasu sebagai Panitia Terbaik Daerah adalah untuk kali ketiga berturut-turut, iaitu bagi tahun 2013, 2014 dan 2015. Tahniah diucapkan kepada semua AJK Tertinggi, Ketua Panitia Sains dari semua sekolah, Guru Cemerlang Sains dalam PPD Kubang Pasu dan semua guru-guru Sains yang telah berjaya menggerakkan Panitia Sains Kubang Pasu ke tahap yang sangat mengkagumkan ini.

Terima kasih juga kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan setiap program dan aktiviti seperti yang dirancang selama ini. Semoga usaha kita ini mendapat rahmat dan kebaikan di sisi-Nya. Amin.



















Tiada ulasan:

Catat Ulasan